Rabu, 24 April 2013

dia sudah hampir.

bismillah...
hanya 11 hari lagi pru13 akan menghampiri.dan semakin rancak juga kempen setiap parti.cemburu pada kawan-kawan yang akan balik malaysia pada sikit hari lagi.menjalankan tanggungjawap sebagai pengundi.
sanggup mencari wang,pergi ke hulu,pergi ke hilir untuk satu tiket pulang ke malaysia.

ini kerana mereka faham.bahawa masa depan negara terletak pada tangan rakyat. rakyat yang mengundi.
hanya pada undi kita boleh ubah kerajaan secara aman.

itu bagi mereka yang faham.lautan kesakitan sanggup diredahi demi mencari satu tiket.
.....................................................................................................
tapi sayang,ada segelintir remaja yang tidak cakna pada politik malaysia.

sayang seribu kali sayang.

mungkin ada diantara mereka beralasan

"x cukup umur lagi"

"aku nak tumpu study ni"

"malas la,buat pening kepala je"

mungkin mereka tidak sedar atau tidak tahu kepentingan pilihan raya.

atas faktor:

family
sibuk bljr
ada peristiwa tertentu
dll


i'allah... kita doa mudah-mudahan pada suatu ketika nanti,hati2 mereka akan terbuka dan beringat bahawa pentingnya politik dan pilihan raya.

kita sebagai mata rantai perjuangan mesti sedar hakikat ini.

Sabtu, 13 April 2013

masa kian menghimpit

bismillah.

aku rasa da lama juga x update blog ni...hu3....biasalah x lama lagi aku nak exam. 18 mei syafawi n 25 mei tahriri.. da nak dekat bukan...itu yang buat aku sibuk sedikit..kot.. hu3..

nak cerita sedikit tentang pru-13..
penamaan calon:20 april 2013
tarikh mengundi awal:30 april 2013
tarikh mengundi:5 mei 2013

sedar x sedar tarikh mengundi  semakin hampir. semakin banyak strategi berkempen keluar dari akal masing-masing.

anak-anak muda yang celik semakin bangkit menolak kezalliman.

kita telah lihat selama kerajaan yang ada sekarang memerintah, banyak kezaliman yang berlaku. ini fakta, bukan rekaan.

duit rakyat kemana?
pendidikan rakyat ke mana?
kebajikan rakyak ke mana?

semoga pada pru 13 ini sama-sama kita ubah...
kita cuba untuk ubah pada kali.

kita perlu cuba.
jangan berdalih.
sama-sama kita berdoa agar naiknya pemerintahan baru.


siapa yang menolong agama allah, allah akan menolong mereka...