Jumaat, 29 Mac 2013

rindu masa lalu

bismillah

dulu ketika aku masih bersekolah rendah.ibuku serta ayahku sentiasa memaksaku dan adik keduaku setiap pagi minggu untuk belajar setiap 2 jam. aku ingat lagi, belajar bermula dari pukul 7.00 pg -9.00 pg.mula pukul 9 baru boleh tengok tv.masa kecil aku suka tengok kartun sikit.

setiap malam pula,jika tidak kemana-mana.pasti aku dan adikku akan membuat kerja sekolah,jika tiada kerja sekolah,kami akan membaca buku,bermula lepas isyak sehinggalah pukul 9.30 malam atau pukul 10 malam.

perkara ini berterusan sehingga aku bersekolah menengah.mula-mula rasa tidak biasa.alah bisa tegal biasa katakan.tapi disebabkan hormat kepada ibuku serta ayahku. aku sentiasa menurut perintahnya.aku nampak sedikit demi sedikit,hikmah arahan ibuku.

satu demi satu kejayaan aku genggam di dalam tanganku,bermula dari upsr,pmr,sma,spm dan stam.walaupun biasa saja. aku bersyukur pada allah atas kejayaanku.

kini

kini aku di universiti al azhar.meneruskan perjuangan menuntut ilmu. aku rindu akan didikan dari ayah dan ibu.tapi aku bersyukur sangat didikan mereka,serta guru-gurulah yang membentuk diriku sekarang.

didikan mereka tegas pada tempatnya.aku sangat hargai pengorbanan mereka. aku nampak mereka sangat menyayangiku.

kini tiada lagi suara ibuku yang sering menyuruhku belajar.tiada lagi kedengaran suara semangat ayahku menyuruh menutup tv dan menyuruh membaca buku.

aku merindui suara mereka.tapi aku pasrah jarak 16000 km bukan dekat.bukan macam melaka dan johor.bukan macam mesir dan turki. yang boleh dianggap masih dekat.

kini aku mendorong semangatku untuk study seorang diri disamping sahabat yang mengambil berat. kadang-kadang rasa lemah menguasai diri.kadang-kadang rasa hampir futur.

mata pelajaran makin lama,makin berat. ya aku tahu tidak mungkin tahap kesukaran itu statik saja. tidak berubah-berubah. pasti meningkat kesukaran jika meningkat tahap.

semangat untuk study itu perlu dipaksa. banyak dugaan yang datang.perlu pandai bahagi masa. praktikkan fiqh khamsah dalam kehidupan. aplikasikan muwasafat tarbiah dalam hidup.

semoga aku kuat dalam melayari pancaroba dalam kehidupan ini.

syukran kepada ibu dan ayah atas tarbiah yang diberi.

ketika sambutan aidil adha di tanta(bersama seorang sahabat)




semoga aku masih kuat untuk tersenyum seperti picture diatas yang diambil 4 bulan yang lepas.walaupun ada masalah yang menimpa.kadang-kadang rasa cemburu pada insan yang mempunyai masalah tetapi masih mampu untuk tersenyum.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan