Khamis, 28 Mac 2013

luahan rasa hati

bismillah...

luahan dari hati
tiada siapa yang tahu
kecuali allah
rabbul a'lamin

aku mencuba untuk berjaya
aku usaha,usaha dan usaha...
tetapi jalan seolah-olah kabur
hanya batu penghalang yang aku lihat
seolah-olah jalan kejayaan menjauhkan diri dariku

aku usaha untuk pelajarinya
tetapi bila bertemu
pasti ada sahaja masalah penghalang

aku takut
aku takut jika aku tidak berjaya sekarang
aku akan jadi futur

aku menjadi tidak kuat
tiba-tiba lemah

hanya pada engkau ya allah
kau teguhkanlah hati ini
kau kuatkanlah hati ini
diri ini hanya menyembah dan berharap
hanya pada kau ya allah.

aku yakin ya allah
setiap ujian yang datang
pasti ada sesuatu yang engkau
ingin tunjukkan pada aku
aku yakin ya allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan