Jumaat, 8 Mac 2013

untitled


Bismillah…

Sudah lama rasanya tangan ini tidak menaip.tidak tahulah sebab apa. Kadang-kadang memang rasa mahu menulis. Tapi hati macam berat je nak mengizinkan. Kadang-kadang rasa macam tidak ada masa, busy sangat. Kadang-kadang rasa macam rendah diri, takut sangat kalau salah tulis.

Tapi, lama kelamaan aku memahami,apa itu kepentingan menulis. Walaupun sedikit, teruskan menulis.
Teringat kepada sahabat di Malaysia.Dalam 2 minggu ini, sahabatku sorang ni dalam peperiksaan sem 4,dip tahfiz dan qiraat. Semoga dipermudah sahabat.semoga nusrah allah sentiasa bersama kita,I’allah. Man jadda wajada.

Terkenang jugak pada sepupu aku di uitm pulau pinang.Mat semoga dipermudah urusan kau, tahniah kerana sudah sampai final sem dan telah menyelesaikan final projek. Semoga Berjaya di dunia dan akhirat.
…………………………………………………………………………………………………..
Baru-baru ini, BKKIMM telah menganjurkan IKMAM 13iaitu ikatan mahabbah anak Melaka mesir. Tahniah kepada adhoc pelaksana program kerana telah Berjaya menjayakannnya dengan baik.tahniah jugak kepada anak-anak Melaka yang terlibat. Nampak kebersamaannya. Ada yang datang dari Damanhur,alex dan lain-lain. Jarak tidak  memutuskan ukhwah yang terbina ini.
Banyak aktivti yang menarik yang telah disediakan. Semoga dengan program-program tersebut ukhwah kita antara anak-anak Melaka semakin kuat dan bertaut.

Hati ini tertarik untuk menyentuh sebuah games yang telah diadakan iaitu hide and seek. Mesti tertanyakan kenapa banyak-banyak games, permainan ni yang aku nak cerita.sabar-sabar.hu3.
Team kami bergelar orkid dan warna yg telah diberi ialah unggu. Sebelum untuk mencari orang yang telah disorok, kami dikehendaki memasukkan bola ping pong kedalam sebuah bekas. Perit betul nak masukkan bola tu dalam bekas. Sapa yang dah masukkn bola boleh terus mencari org yang telah disorok.

Kumpulan kami, telah menemui seorang  yang kami dikehendaki untuk mencarinya. Tinggal sorang je belum.klunya ialah pokok. Puas kami mencari, tapi tak jumpa-jumpa.akhirnya, salah sorang sahabt kami telah jumpa dengan orang yg disorok,tetapi masa sudah habis. Akhirnya ,games ini kami seri dengan kumpulan hijau.

Tahu kenapa kami tidak berjumpa dengan mereka? Sebenarnya ramai dari kami telah pergi ke kawasan itu, iaitu di pokok besar yang rendang, tetapi kami tidak pergi ke bawah lagi, kerana menjangkakan dia tidak menyorok di situ. Kerana keadaan di bawah pokok besar itu curam dan bahaya.
………………………………………………………………………………………………              setiap insan pasti akan mempunyai cara pemikiran yang berlainan.  Pemikran ini dibina dari sudut siapa dia, tarbiah dia, biah dia dan cabaran yang dia hadapi. Memang tidak dinafikan ada orang sama cara pemikiran,tetapi tidak ramai.

Biasanya kita tidak dapat menjangkaukan apa yang orang lain fikir,kadang-kadang  pemikiran orang lain 360 darjah terbalik dari apa yang kita fikir.

Kebanyakan orang menganggap, orang yang disorok itu tidak akan menyorok di situ. Tetapi itu silap.
Biah kadang-kadang mengajar kita untuk berfikir luar kotak. Cabaran memaksa kita untuk berfikir dengan cara yang kita tidak pernah kita bayangkan untuk hadapi cabaran itu.

Pemikiran ini perlu dibentuk kepada fikrah yang betul. Ada segelintir yang berfikir islam itu hanya melaksanakan rukun islam.

Islam lebih dari itu, 5 rukun itu memang wajib dibuat. Islam ialah cara hidup. Bermula dari bangun tidur hingga hendak tidur semula.semuanya islam ada ajar, islam telah memberi panduan. Cuma kita.Cuma kita yang tidak mengamalkan sepenuhnya apa yang islam ajar.

Maka jadinya,kita kembali kepada fikrah islam yang syumul. Fikrah yang betul perlu dibina dari kecil, sedikit demi sedikit. Maka tugas ini, dipegang oleh ibu bapa,guru-guru, serta pemimpin.  Bermula dari ibu bapa,seterusnya guru dan kemudian pemimpin.

Pointnya disini,hendak memilih pemimpin biarlah pemimpin yang mempunyai fikrah yang betul. Yang dibina dari guru dan ibu bapa yang mempunyai fikrah yang syumul.

Tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegak islam di Negara kamu- syeikh Hassan hudhaibi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan