Jumaat, 29 Mac 2013

rindu masa lalu

bismillah

dulu ketika aku masih bersekolah rendah.ibuku serta ayahku sentiasa memaksaku dan adik keduaku setiap pagi minggu untuk belajar setiap 2 jam. aku ingat lagi, belajar bermula dari pukul 7.00 pg -9.00 pg.mula pukul 9 baru boleh tengok tv.masa kecil aku suka tengok kartun sikit.

setiap malam pula,jika tidak kemana-mana.pasti aku dan adikku akan membuat kerja sekolah,jika tiada kerja sekolah,kami akan membaca buku,bermula lepas isyak sehinggalah pukul 9.30 malam atau pukul 10 malam.

perkara ini berterusan sehingga aku bersekolah menengah.mula-mula rasa tidak biasa.alah bisa tegal biasa katakan.tapi disebabkan hormat kepada ibuku serta ayahku. aku sentiasa menurut perintahnya.aku nampak sedikit demi sedikit,hikmah arahan ibuku.

satu demi satu kejayaan aku genggam di dalam tanganku,bermula dari upsr,pmr,sma,spm dan stam.walaupun biasa saja. aku bersyukur pada allah atas kejayaanku.

kini

kini aku di universiti al azhar.meneruskan perjuangan menuntut ilmu. aku rindu akan didikan dari ayah dan ibu.tapi aku bersyukur sangat didikan mereka,serta guru-gurulah yang membentuk diriku sekarang.

didikan mereka tegas pada tempatnya.aku sangat hargai pengorbanan mereka. aku nampak mereka sangat menyayangiku.

kini tiada lagi suara ibuku yang sering menyuruhku belajar.tiada lagi kedengaran suara semangat ayahku menyuruh menutup tv dan menyuruh membaca buku.

aku merindui suara mereka.tapi aku pasrah jarak 16000 km bukan dekat.bukan macam melaka dan johor.bukan macam mesir dan turki. yang boleh dianggap masih dekat.

kini aku mendorong semangatku untuk study seorang diri disamping sahabat yang mengambil berat. kadang-kadang rasa lemah menguasai diri.kadang-kadang rasa hampir futur.

mata pelajaran makin lama,makin berat. ya aku tahu tidak mungkin tahap kesukaran itu statik saja. tidak berubah-berubah. pasti meningkat kesukaran jika meningkat tahap.

semangat untuk study itu perlu dipaksa. banyak dugaan yang datang.perlu pandai bahagi masa. praktikkan fiqh khamsah dalam kehidupan. aplikasikan muwasafat tarbiah dalam hidup.

semoga aku kuat dalam melayari pancaroba dalam kehidupan ini.

syukran kepada ibu dan ayah atas tarbiah yang diberi.

ketika sambutan aidil adha di tanta(bersama seorang sahabat)




semoga aku masih kuat untuk tersenyum seperti picture diatas yang diambil 4 bulan yang lepas.walaupun ada masalah yang menimpa.kadang-kadang rasa cemburu pada insan yang mempunyai masalah tetapi masih mampu untuk tersenyum.


Khamis, 28 Mac 2013

luahan rasa hati

bismillah...

luahan dari hati
tiada siapa yang tahu
kecuali allah
rabbul a'lamin

aku mencuba untuk berjaya
aku usaha,usaha dan usaha...
tetapi jalan seolah-olah kabur
hanya batu penghalang yang aku lihat
seolah-olah jalan kejayaan menjauhkan diri dariku

aku usaha untuk pelajarinya
tetapi bila bertemu
pasti ada sahaja masalah penghalang

aku takut
aku takut jika aku tidak berjaya sekarang
aku akan jadi futur

aku menjadi tidak kuat
tiba-tiba lemah

hanya pada engkau ya allah
kau teguhkanlah hati ini
kau kuatkanlah hati ini
diri ini hanya menyembah dan berharap
hanya pada kau ya allah.

aku yakin ya allah
setiap ujian yang datang
pasti ada sesuatu yang engkau
ingin tunjukkan pada aku
aku yakin ya allah...

Khamis, 21 Mac 2013

perginya sebuah permata islam

As Syahid As Syeikh Dr Ramadhan Al Bouti (1929-2013


Mohammad Said Ramadhan Al-Bouti (lahir 1929) di Pulau Botan Turki, seorang ulama yang 

mutakhoshish dalam ilmu Islam. Beliau sangat dihormati oleh banyak ulama terkemuka di dunia 

Islam. Bahkan pengaruhnya telah tumbuh secara signifikan di dunia Islam, terutama dengan 

kaum muda Muslim.

Beliau menimba ilmu pendidikan di madrasah Damaskus kemudian ke Mesir untuk belajar di 


Universiti Al-Azhar As-Syarif dan mendapatkan gelaran doktor Fakulti Syari'ah. Beliau telah

menulis lebih dari 60 buku tentang isu-isu Islam dan menjadi uswah dalam menjaga madzhab 

arba'ah dan aqidah ahlu sunnah dalam manhaj asya'irah.

Beliau berasal dari Kurdi. Lahir pada tahun 1929 di Botan, Turki. Kemudian hijrah bersama 


ayahnya, Mulla Ramadhan Al-Bouti ke Damaskus pada tahun 1933, pada saat itu beliau masih 

berumur 4 tahun.

Syeikh Al-Bouti merupakan ulama Sunni yang ahli dalam bidang akidah dan falsafah madiyah. 


Beliau telah menulis sebuah buku kritik materialisme dialektis, tetapi dalam pandangan fiqih yang 

dijadikan benteng untuk madzhab fiqih Islam dan akidah sunni Asy'ariyah dari pandangan salafi. 

Beliau menulis sebuah buku yang berjudul, "اللامذهبية أكبر بدعة تهدد الشريعة الإسلامية" artinya: 

tidak bermadzhab adalah sebesar-besar bid'ah yang mengancam syari'ah islamiyah dan buku 

yang lain berjudul "السلفية مرحلة زمنية مباركة وليست مذهب إسلامي"


Dalam salah satu bukunya yang paling populer "الجهاد في الإسلام" artinya: jihad dalam Islam 


(tahun 1993): Al-Bouti menunjukkan bagaimana pemahaman yang buruk tentang istilah jihad 

telah menyebabkan pelecehan terhadap Muslim maupun non-Muslim. Mereka telah memanipulasi 

ide jihad untuk keuntungan mereka sendiri, dengan kedok bahwa jihad harus dilakukan sesuai 

dengan dasar fiqh Islam.

Beliau adalah seorang ulama' yang tidak berpolitik. Terlihat beliau sangat menjauhi hal ini, serta 


menyarankan pada ulama'-ulama' yang lain untuk meninggalkan perpolitikan.

Shiekh Al-Bouti telah memberikan dampak besar pada dunia Muslim, khususnya melalui karya


ilmiahnya. Beliau menulis untuk berbagai jurnal. Dia juga telah mengembangkan reputasi karena

 kemampuannya menangani dan menanggapi pertanyaan isu-isu yang berkenaan dengan 

hukum Islam.

Bagi Anda yang ingin mengunjungi website beliau, silahkan buka bouti.net

Pendidikan: 



Beliau menyelesaikan dirasah tsanawiyah asy-syar'iyah di ma'had at-tawajjuh al-islamiyyah di 


Suriah

Pada tahun 1953 beliau mengambil Fakultas Syariah di Universitas Al Azhar, dan memperoleh


 syahadah 'alamiyah pada tahun 1955.

Pada tahun berikutnya beliau masuk Fakultas Bahasa Arab Universitas Al-Azhar, dan memperoleh

 Diploma Pendidikan di akhir tahun itu.

Beliau diangkat dosen di Fakultas Syariah Universitas Damaskus pada tahun 1960.


Beliau dikirim ke Fakultas Al-Azhar untuk menyelesaikan program doktor dalam ushul syari'ah 


islamiyah dan memperoleh syahadah pada tahun 1965.

Beliau diangkat sebagai dosen Fakultas Syariah di Universitas Damaskus pada tahun 1965 dan 

juga sebagai wakil dekan. Selang beberapa waktu beliau kemudian diangkat menjadi dekan 

Fakultas Syari'ah.

Beliau masih aktif dalam berbagai mu'tamar dan seminar internasional.

Beliau merupakan anggota majma' al-maliky liuntuk Penelitian Peradaban Islam di Amman.


Beliau juga anggota Dewan Tertinggi dari Akademi Oxford.


Beliau adalah Dewan Penasehat tinggi Anggota untuk Yayasan Tabah di Abu Dhabi.


Beliau mampu berbicara dalam bahasa Turki dan Kurdi, dan lancar dalam berbahasa Inggris

antara karya penulisan:



المرأة بين طغيان النظام الغربيّ ولطائف التشريع الربانيّ، وله ترجمة باللغة الإنجليزية




الإسلام والعصر.




ضوابط المصلحة في الشريعة الإسلاميّة - وهو الأطروحة التي نال بها البوطي درجة الأستاذيّة "الدكتوراه"


من كلية الشريعة والقانون في جامعة الأزهر (من مقدمة الطبعة الثالثة للكتاب عينه).



أوربة من التقنية إلى الروحانية ـ مشكلة الجسر المقطوع.




برنامج: دراسات قرآنية.




شخصيات استوقفتني.




شرح وتحليل الحكم العطائية (لابن عطاء الله السكندري).




كبرى اليقينيات الكونية.




السلفية مرحلة زمنية مباركة وليست مذهب إسلامي.




اللامذهبية أخطر بدعة تهدد الشريعة الإسلامية.




هذه مشكلاتهم.





وهذه مشكلاتنا.




كلمات في مناسبات.




مشورات اجتماعية من حصاد الإنترنت.




مع الناس مشورات وفتاوى.




منهج الحضارة الإنسانية في القرآن




هذا ما قلته أمام بعض الرؤساء والملوك.




يغالطونك إذ يقولون.




من الفكر والقلب.




ترجمة رواية مموزين

.
لا يأتيه الباطل، وهو كشف لأباطيل يختلقها ويلصقها بعضهم بكتاب الله عزّ وجلّ



فقه السيرة النبوية




الحب في القرآن ودور الحب في حياة الإنسان




الإسلام ملاذ كل المجتمعات الإنسانية، لماذا؟ وكيف؟




الظلاميون والنورانيون

هذا والدي



Selasa, 19 Mac 2013

titik,titik dan titik.

bismillah

alhamdulillah dengan rahmat dan redanya dapatlah aku menulis lagi dalam blog ini.baru dapat semangat ni nak tulis,hu3.terima kasih kepada Dia dan dia.

petang tadi semasa kelas syarah asymuni oleh syeikh fathi di mudhaifah.sedang asyik aku mendengar kata-katanya,tiba mata aku melirik pada sesuatu yang terdapat di hujung kitabku. terdapat beberapa comot hitam pada kitab asymuni kesayanganku itu yang aku yakin comot itu tidak boleh dipadam dengan pemadam biasa. comot itu mencacatkan buku aku yang lawa itu. walaupun comot itu sikit saja, tapi ia tetap memberi kesan kepada penglihatanku.aku bayangkan kalau comot itu banyak, pasti ia akan lebih merosakkan pandangan mataku terhadap bukuku.
................................................................................................

begitu juga hati kita,setitk hitam dihati yang putih bersih itu pasti akan merosakkan hati yang putih dan suci bersih itu.jika lebih banyak dosa yang dibuat,pastilah lebih banyak titik yang muncul. dan aku yakin pasti semakin bertompoklah hati itu dengan titik hitam itu.

jauhilah maksiat, pasti akan berkurang titik hitam itu.
sentiasalah beristighfar pada allah, pasti akan semakin berseri hati itu.
janganlah melakukan dosa,dosa itu yg menggelapkan hati.
sentiasalah ingat dan takut pada allah.

dosa itu adalah sesuatu yang malu apabila ada orang lain tahu kita melakukannya. tapi bila sudah selalu kita melakukannya,rasa malu itu akan hilang.

bertaubatlah pada allah,selagi nyawa masih belum sampai ke kerongkong.


setiap orang ada posisinya dalam perjuangan islam,
jagalah posisimu itu baik-baik.


satu petang yang indah  di iskandariah


jika kita malas dan banyak memberi alasan dalam perjuangan islam ini.
pasti allah akan gantikan kita dengan hambanya yang lebih baik.



Jumaat, 8 Mac 2013

untitled


Bismillah…

Sudah lama rasanya tangan ini tidak menaip.tidak tahulah sebab apa. Kadang-kadang memang rasa mahu menulis. Tapi hati macam berat je nak mengizinkan. Kadang-kadang rasa macam tidak ada masa, busy sangat. Kadang-kadang rasa macam rendah diri, takut sangat kalau salah tulis.

Tapi, lama kelamaan aku memahami,apa itu kepentingan menulis. Walaupun sedikit, teruskan menulis.
Teringat kepada sahabat di Malaysia.Dalam 2 minggu ini, sahabatku sorang ni dalam peperiksaan sem 4,dip tahfiz dan qiraat. Semoga dipermudah sahabat.semoga nusrah allah sentiasa bersama kita,I’allah. Man jadda wajada.

Terkenang jugak pada sepupu aku di uitm pulau pinang.Mat semoga dipermudah urusan kau, tahniah kerana sudah sampai final sem dan telah menyelesaikan final projek. Semoga Berjaya di dunia dan akhirat.
…………………………………………………………………………………………………..
Baru-baru ini, BKKIMM telah menganjurkan IKMAM 13iaitu ikatan mahabbah anak Melaka mesir. Tahniah kepada adhoc pelaksana program kerana telah Berjaya menjayakannnya dengan baik.tahniah jugak kepada anak-anak Melaka yang terlibat. Nampak kebersamaannya. Ada yang datang dari Damanhur,alex dan lain-lain. Jarak tidak  memutuskan ukhwah yang terbina ini.
Banyak aktivti yang menarik yang telah disediakan. Semoga dengan program-program tersebut ukhwah kita antara anak-anak Melaka semakin kuat dan bertaut.

Hati ini tertarik untuk menyentuh sebuah games yang telah diadakan iaitu hide and seek. Mesti tertanyakan kenapa banyak-banyak games, permainan ni yang aku nak cerita.sabar-sabar.hu3.
Team kami bergelar orkid dan warna yg telah diberi ialah unggu. Sebelum untuk mencari orang yang telah disorok, kami dikehendaki memasukkan bola ping pong kedalam sebuah bekas. Perit betul nak masukkan bola tu dalam bekas. Sapa yang dah masukkn bola boleh terus mencari org yang telah disorok.

Kumpulan kami, telah menemui seorang  yang kami dikehendaki untuk mencarinya. Tinggal sorang je belum.klunya ialah pokok. Puas kami mencari, tapi tak jumpa-jumpa.akhirnya, salah sorang sahabt kami telah jumpa dengan orang yg disorok,tetapi masa sudah habis. Akhirnya ,games ini kami seri dengan kumpulan hijau.

Tahu kenapa kami tidak berjumpa dengan mereka? Sebenarnya ramai dari kami telah pergi ke kawasan itu, iaitu di pokok besar yang rendang, tetapi kami tidak pergi ke bawah lagi, kerana menjangkakan dia tidak menyorok di situ. Kerana keadaan di bawah pokok besar itu curam dan bahaya.
………………………………………………………………………………………………              setiap insan pasti akan mempunyai cara pemikiran yang berlainan.  Pemikran ini dibina dari sudut siapa dia, tarbiah dia, biah dia dan cabaran yang dia hadapi. Memang tidak dinafikan ada orang sama cara pemikiran,tetapi tidak ramai.

Biasanya kita tidak dapat menjangkaukan apa yang orang lain fikir,kadang-kadang  pemikiran orang lain 360 darjah terbalik dari apa yang kita fikir.

Kebanyakan orang menganggap, orang yang disorok itu tidak akan menyorok di situ. Tetapi itu silap.
Biah kadang-kadang mengajar kita untuk berfikir luar kotak. Cabaran memaksa kita untuk berfikir dengan cara yang kita tidak pernah kita bayangkan untuk hadapi cabaran itu.

Pemikiran ini perlu dibentuk kepada fikrah yang betul. Ada segelintir yang berfikir islam itu hanya melaksanakan rukun islam.

Islam lebih dari itu, 5 rukun itu memang wajib dibuat. Islam ialah cara hidup. Bermula dari bangun tidur hingga hendak tidur semula.semuanya islam ada ajar, islam telah memberi panduan. Cuma kita.Cuma kita yang tidak mengamalkan sepenuhnya apa yang islam ajar.

Maka jadinya,kita kembali kepada fikrah islam yang syumul. Fikrah yang betul perlu dibina dari kecil, sedikit demi sedikit. Maka tugas ini, dipegang oleh ibu bapa,guru-guru, serta pemimpin.  Bermula dari ibu bapa,seterusnya guru dan kemudian pemimpin.

Pointnya disini,hendak memilih pemimpin biarlah pemimpin yang mempunyai fikrah yang betul. Yang dibina dari guru dan ibu bapa yang mempunyai fikrah yang syumul.

Tegakkan islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegak islam di Negara kamu- syeikh Hassan hudhaibi