Isnin, 25 Februari 2013

sedikit tentang ikhtilat


Batasan ikhtilat lelaki dan wanita

Marcapada ini,sering kali kita mendengar dari corong-corong radio,menyaksikan di perut-perut  televisyen dan membaca di dada-dada akhbar tentang gejala sosial seperti zina dan pergaulan bebas yang berlaku dikalangan masyarakat kita terutamanya golongan remaja khasnya. Pastinya akal dan hati yang cakna dengan isu ini pernah terdetik dan berfikir, mengapa perkara ini sering melanda kepada masyarakat kita ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan,banyaknya tidak terkira. Sudah semestinya,banyak faktor yang membawa kepada gejala ini dan bagi saya faktor batasan ikhtilat lelaki dan wanita antara punca  terpenting yang membawa kepada masalah gejala sosial.

Lelaki dan wanita ibarat cas positif dan negatif  yang saling tertarik antara satu sama lain,antara mereka terdapat satu tarikan yang kuat. Tarikan ini adalah fitrah yang telah allah anugerahkan kepada hamba-hambanya yang bergelar khalifah di muka bumi ini. Menjadi kewajiban bagi kita untuk mengurus fitrah itu dengan baik kerana allah telah kurniakan akal yang berharga kepada kita,jadi jika kita tidak menggunakan akal dengan baik maka kita telah menjadi hambanya yang tidak bersyukur. Allah telah berfirman dalam kitabNya yang mulia didalam surah Ibrahim ayat 7,(dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan “sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu menginkari nikmatku,maka pasti azabku sangat berat”).

Dalam hidup ini,pasti kita tidak akan terlepas dengan pergaulan antara berlainan jantina. Kerana hidup kita ini saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Dalam ikhtilat,kita perlu menjaga batas-batasnya jangan sampai terbabas sehingga masuk ke dalam gaung jahiliyah,tetapi jangan sampai pula sesuatu urusan itu menjadi sukar dek alasan menjaga ikhtilat. Dalam konteks ini kita perlu memahami dengan jelas apa itu batasan ikhtilat antara lelaki dan wanita. Misalnya dalam perhubungan didalam telefon atau mesej. Lelaki atau wanita mestilah menghubungi antara mereka jika ada perkara penting sahaja yang hanya masalah atau sesuatu kerja itu dapat diselesaikan dengan menghubungi antara satu dengan yang lain,contohnya urusan membuat surat antara setiausaha dan naib setiausaha. Tetapi jika sesuatu perkara itu dapat diselesaikan dengan menghubungi rakan sejantina,maka itu diutamakan. Ketika keadaan yang memaksa untuk berjumpa atas urusan kerja atau sebagainya,maka bertemulah. Tapi pastikan pertemuan itu atas dasar urusan dan memadai dengan waktu,bincang perkara yang perlu sahaja dan seboleh-bolehnya jangan lari dari topik asal atau topik penting yang dibincangkan.

Tambahan lagi,kebiasaannya dalam melaksanakan sesuatu program,kem jana semangat contohnya. Kebanyakan orang berpendapat,program,wanita dan lelaki mesti disatukan tidak boleh buat asing-asing,menyusahkan atau program itu kurang bertenaga katanya. Dalam hal ini pasti ada pro dan kontranya. Dan bagi mereka yang memahami pasti akan membuat keputusan mengikut waqi’ dan pertimbangan akal fikiran,contohnya jika program bermalam mesti dibuat pada tarikh yang berbeza dan jika program hanya beberapa jam dan keadaan memaksa seperti kekurangan tenaga kerja dan masalah tempat boleh disatukan lelaki dan wanita tetapi itupun dengan syarat yang tertentu.

Syaitan sangat pandai menyusukkan jarumnya kepada anak adam, sehinggakan perkara yang tidak penting dan tidak segera,kita menganggapnya penting dan perlu segera dek pandangan kita dikaburi oleh syaitan laknatullah. Maka disini pengangan iman yang mantap serta hati yang khauf kepada allah dan tarbiyah dari ibu dan bapa dari kecil sangat diperlukan agar kita sentiasa berada dilandasan yang diredainya.Insya’allah kita tidak akan tergelincir jatuh ke dalam jurang pergaulan bebas,kerna kita telah mempunyai peta yang tepat iaitu memahami batasan  ikhtilat antara lelaki dan wanita dengan betul.

Konklusinya,kita mestilah memahami dan menjaga batasan ikhtilat dengan baik,tahu sahaja tidak mencukupi,faham dan amal itu yang utama. Ingatlah ,setiap perkara yang disuruh oleh allah itu mempunyai kebaikan untuk diri kita,kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.



ikhtilat yang tidak syarie adalah salah satu maksiat,bersama-sama kita menghindarinya. kaitkanlah diri dengan pesanan imam syafei.





permandangan dari masjid sultan ali(kubu salahuddin ayub) menghadap kota kaherah



fahami ikhtilat dengan sebaiknya,
lebih-lebih lagi kita sebagai daie.
lengkapkan diri dengan kefahaman islam yang syumul.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan