Khamis, 14 Februari 2013

sebuah kehilangan

bismillah

kehilangan satu perkara yang biasa. kehilangan juga boleh membuatkan kita mengalirkan air mata,kesedihan dan berasa kecewa. salah satu cara allah menguji kita juga dengan memberikan kita satu kehilangan. allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu perkara yang kita tidak mampu.tetapi allah menguji kita kerana Dia tahu kita boleh menghadapinya. mungkin ada daripada kita pernah kehilangan ibu bapa,sanak saudara atau pun harta benda,pasti kita akan merasa sangat sedih.setelah berasa kehilangan barulah kita akan menghargai sesuatu itu

baru-baru ini aku telah kehilangan 100 l.e ketika berada di dalam bas semasa dalam perjalanan ke sabie'. ketika hampir sampai ke villa baru aku tersedar duit itu sudah tiada,ketika itu aku bersama dengan sahabat aku.aku membiarkan sahabat aku turun dahulu.puas aku mencari ditempat aku duduk,tetapi tidak ditemui. akhirnya aku pasrah,mungkin aku cuai. tapi aku yakin kehilangan itu pasti ada hikmahnya.

semasa sedang berjalan,memikirkan tentang bagaimana duit itu lenyap,akalku berkata," ini baru kehilangan duit, belum lagi kehilangan hidayah dari allah,sabarlah hafizuddin,reda atas kehilangan duit itu,pasti allah akan ganti". aku sangat bersyukur kepada allah,kerana hanya menarik duit itu dari aku,bukan menarik cahayaNya dari aku. semoga allah terus memberikan cahayaNya kepada kita.amin

jika kita kehilangan benda yang kita nampak,pasti kita akan merasai kehilangannya.tetapi jika kita kehilangan perkara yang kita tidak nampak dari segi zahirnya,pasti kebanyakan dari kita tidak akan merasa apa-apa. misalnya masa,ada orang tidak merasa dia kehilangan masanya dengan perbuatan yang sia-sia. tetapi ada orang sangat menghargai masa, kerna dia tahu betapa bernilainya masa itu. seseorang akan merasa betul-betul kehilangan,ketika merasa sesuatu itu amat bernilai baginya

semua nikmat yang diberi ialah milik allah, kita hanya meminjam sahaja,allah empunya. jika sesuatu yang kita telah pinjam telah ditarik oleh allah,jangan terlalu sedih,kerna allah ialah pemiliknya.. kita hanya meminjam sahaja nikmatnya..


allah adalah empunya alam ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan