Rabu, 27 Februari 2013

selamat hari lahir hafizuddin

bismillah.

tanggal 27 feb 2012, genaplah umur aku 20 tahun. aku bersyukur pada allah atas umur yang telah dipinjamkan ini.  dengan umur yang dipinjamkan oleh allah, aku belajar mengenal dunia, manisnya berkeluarga, erti persahabatan dan nilai  pengalaman.

sepanjang kehidupan yang kulalui, aku merasai aku telah banyak melakukan dosa. ya allah, Engkau ampunkanlah dosa hambamu ini ya allah,hambamu ini lalai ya allah, leka ya allah,kau tegurlah diriku ya allah.hanya kepada Kau aku bermohon ya allah.

di kesempatan ini, ku ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluargaku, terutama, ayah dan ibu. kerana mentarbiah diriku,menjagaku dan membesarkanku.ibu dan ayah sangat berjasa kepadaku. tanpa didikan yang baik siapalah diri ana.syukran ata tarbiah yang diberi. tidak ku terbalas jasa-jasamu wahai ayah dan ibu akan ku kenang segala bakti-bakti mu, dengan kejayaanku.doakan anakmu ini berjaya di dunia dan akhirat dan sentiasa mendapat reda dan rahmat allah.

tidak lupa kepada sahabatku,amirul arif b. johari.. sannah helwa sahabat.. masih tidak terlambatkan.hu3.. hari lahir kau 25 feb setiap tahun sentiasa berkaitan dengan diriku,kerana selepas 2 hari kau lahir,aku lahir ke dunia ini. semoga kau menjadi ulama amilin dan semoga sentiasa dalam reda allah.




happy bithday arif(bertai merah,yang segak bergaya)
..............................................................................................................
semoga dengan bertambah umur kita, bertambah juga ilmu kita,fahaman kita dan amal kita. semoga harapan tidak tinggal harapan. bercita -citalah kita menjadi ulama amilin, iaitu seorang yang mengetahui dan faham serta berkerja untuk ummah


langit dan bumi menjadi saksi kehidupan ini
bulan dan matahari silih berganti
hidup di dunia sekali ini
gunakan masa dengan berbakti

tarbiah dan dakwah sentiasa dipikul
walau dimana kita berpijak
fikrah yang syumul sentiasa dicari
walau dihina. walau dipukul

teruskan belajar, mengenal dunia
mengumpul pengalaman yang tidak ternilai
walau dimana kita berada
terimalah kenyatan,kita tetap berpijak pada bumi yang sama

Isnin, 25 Februari 2013

sedikit tentang ikhtilat


Batasan ikhtilat lelaki dan wanita

Marcapada ini,sering kali kita mendengar dari corong-corong radio,menyaksikan di perut-perut  televisyen dan membaca di dada-dada akhbar tentang gejala sosial seperti zina dan pergaulan bebas yang berlaku dikalangan masyarakat kita terutamanya golongan remaja khasnya. Pastinya akal dan hati yang cakna dengan isu ini pernah terdetik dan berfikir, mengapa perkara ini sering melanda kepada masyarakat kita ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan,banyaknya tidak terkira. Sudah semestinya,banyak faktor yang membawa kepada gejala ini dan bagi saya faktor batasan ikhtilat lelaki dan wanita antara punca  terpenting yang membawa kepada masalah gejala sosial.

Lelaki dan wanita ibarat cas positif dan negatif  yang saling tertarik antara satu sama lain,antara mereka terdapat satu tarikan yang kuat. Tarikan ini adalah fitrah yang telah allah anugerahkan kepada hamba-hambanya yang bergelar khalifah di muka bumi ini. Menjadi kewajiban bagi kita untuk mengurus fitrah itu dengan baik kerana allah telah kurniakan akal yang berharga kepada kita,jadi jika kita tidak menggunakan akal dengan baik maka kita telah menjadi hambanya yang tidak bersyukur. Allah telah berfirman dalam kitabNya yang mulia didalam surah Ibrahim ayat 7,(dan ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan “sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu menginkari nikmatku,maka pasti azabku sangat berat”).

Dalam hidup ini,pasti kita tidak akan terlepas dengan pergaulan antara berlainan jantina. Kerana hidup kita ini saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Dalam ikhtilat,kita perlu menjaga batas-batasnya jangan sampai terbabas sehingga masuk ke dalam gaung jahiliyah,tetapi jangan sampai pula sesuatu urusan itu menjadi sukar dek alasan menjaga ikhtilat. Dalam konteks ini kita perlu memahami dengan jelas apa itu batasan ikhtilat antara lelaki dan wanita. Misalnya dalam perhubungan didalam telefon atau mesej. Lelaki atau wanita mestilah menghubungi antara mereka jika ada perkara penting sahaja yang hanya masalah atau sesuatu kerja itu dapat diselesaikan dengan menghubungi antara satu dengan yang lain,contohnya urusan membuat surat antara setiausaha dan naib setiausaha. Tetapi jika sesuatu perkara itu dapat diselesaikan dengan menghubungi rakan sejantina,maka itu diutamakan. Ketika keadaan yang memaksa untuk berjumpa atas urusan kerja atau sebagainya,maka bertemulah. Tapi pastikan pertemuan itu atas dasar urusan dan memadai dengan waktu,bincang perkara yang perlu sahaja dan seboleh-bolehnya jangan lari dari topik asal atau topik penting yang dibincangkan.

Tambahan lagi,kebiasaannya dalam melaksanakan sesuatu program,kem jana semangat contohnya. Kebanyakan orang berpendapat,program,wanita dan lelaki mesti disatukan tidak boleh buat asing-asing,menyusahkan atau program itu kurang bertenaga katanya. Dalam hal ini pasti ada pro dan kontranya. Dan bagi mereka yang memahami pasti akan membuat keputusan mengikut waqi’ dan pertimbangan akal fikiran,contohnya jika program bermalam mesti dibuat pada tarikh yang berbeza dan jika program hanya beberapa jam dan keadaan memaksa seperti kekurangan tenaga kerja dan masalah tempat boleh disatukan lelaki dan wanita tetapi itupun dengan syarat yang tertentu.

Syaitan sangat pandai menyusukkan jarumnya kepada anak adam, sehinggakan perkara yang tidak penting dan tidak segera,kita menganggapnya penting dan perlu segera dek pandangan kita dikaburi oleh syaitan laknatullah. Maka disini pengangan iman yang mantap serta hati yang khauf kepada allah dan tarbiyah dari ibu dan bapa dari kecil sangat diperlukan agar kita sentiasa berada dilandasan yang diredainya.Insya’allah kita tidak akan tergelincir jatuh ke dalam jurang pergaulan bebas,kerna kita telah mempunyai peta yang tepat iaitu memahami batasan  ikhtilat antara lelaki dan wanita dengan betul.

Konklusinya,kita mestilah memahami dan menjaga batasan ikhtilat dengan baik,tahu sahaja tidak mencukupi,faham dan amal itu yang utama. Ingatlah ,setiap perkara yang disuruh oleh allah itu mempunyai kebaikan untuk diri kita,kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.



ikhtilat yang tidak syarie adalah salah satu maksiat,bersama-sama kita menghindarinya. kaitkanlah diri dengan pesanan imam syafei.





permandangan dari masjid sultan ali(kubu salahuddin ayub) menghadap kota kaherah



fahami ikhtilat dengan sebaiknya,
lebih-lebih lagi kita sebagai daie.
lengkapkan diri dengan kefahaman islam yang syumul.








Jumaat, 22 Februari 2013

sebuah perkongsian


Husnul zhan,tentangnya dan pengaplikasiannya dalam kehidupan

Martabat husnul zhan terletak di martabat yang kedua didalam martabat ukhwah.ini bermaksud sifat ini merupakan sifat yang amat penting bagi setiap umat islam. Dengan sifat ini,perasaan berprasangka buruk akan hilang jauh-jauh daripada diri kita.

satu kisah sebagai pengongsian. satu petang yang hening,datang seorang penduduk kampung menjemput seramai 30 pelajar sekolah aku datang ke kendurinya. sekolah kami berasal dari pondok,diantara sekolah yang lama dan memang berdekatan dengan rumah-rumah penduduk kampung. jadi memang  kebiasaan bagi pelajar menghadiri kenduri yang diadakan oleh penduduk kampung.selepas rakanku (kembar) merangkap exco kebajikan melaksanakan tugasnya,iaitu mengambil nama pelajar-pelajar yang ingin pergi ke kenduri, sahabt baikku juga mengikuti kenduri ini. kami bergerak dari asrama sebelum maghrib terus ke surau yang berdekatan dengan rumah orang kenduri, kerna kenduri akan diadakan selepas maghrib(alatul keda). ringkasnya,selepas aku dan sahabatku ini selesai solat maghrib sambil menunggu kawan-kawan yang lain selesai solat, kami duduk di belakang. tiba-tiba datang seorang lelaki yang kami agak ingin solat sekali bersama jemaah. aku telah berkata kepada sahabatku ini" sin,cuba ko tengok sah ke solat dia. kopiah yang dia pakai sampai tutup dahi dia"."ko ni cuba ko husnu zhan sikit".kata sahabat yang ku sayang ini. dengan tidak semena-mena,lelaki tadi telah membetulkan kopiah yang dia pakai sebelum mengangkat takbir.
conversation yang seterusnya adalah nasihat-nasihat emas yang diberikan oleh sahabtku ini. biarlah rahsia antara kami.hu3

itulah antara kisah yang berkaitan dengan husnu zhan. banyak je lagi kisah-kisah yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. aku yakin sahabat-sahabat,kawan-kawan dan rakan-rakan pembaca pasti ada pengalaman sendiri berkaitan dengan  perkara ini.

kita sebagai seorang daie mesti mengaplikasikan sifat ini dalam kehidupan kita di dunia ini. insya'allah,dengan perhiasan sikap ini didalam diri seorang daie. mad'uu pasti akan tertarik dengan diri kita dan seterusanya mengikuti apa yang akan kita bawa dengan izin alllah.

teori itu mudah, praktikal itu yang susah.

Selasa, 19 Februari 2013

kali ini

bismillah...

aku rasa macam da lama je tidak menulis,dan aku yakin aku menulis ini bukan saja-saja. setiap orang yang menulis pasti ada yang mereka hendak sampaikan,tak kisah sama ada pengalaman,nasihat ataupun lain-lain. setiap penulisan pasti ada matlamat,dan setiap matlamat pasti ada cara untuk menyelesaikan matlamat itu.
hu3,cam lari dari tajuk je kan.

ada satu kisah yang ingin aku ceritakan,ada seseorang yang mahu bersedekah, tapi dia bersedekah dengan harta yang dicuri,adalah itu betul?  kisah ini boleh dikaitkan dengan gambar di atas. banyak je lagi kisah iktibar,i'allah akan diceritakan selepas-selepas ini. i'allah. niat tidak menghalalkan cara, walaupun niat kita baik,baik sangat-sangat.tapi kita kena ingat biarlah niat itu dilakukan dengan kaedah yang betul. kaedah yang dibenarkan oleh syara',bukan kaedah yang bertentangan dengan islam.

sebenarnya banyak je,perkara yang umat islam lakukan berkenaan perkara ini,tetapi aku tidak mengerti sama ada mereka tidak tahu atau  tahu tapi buat-buat tidak tahu.satu lagi kisah iktibar,ada seorang lelaki dan perempuan. mereka merancang untuk berkahwin, tetapi dalam seminggu pasti akan bertemu walaupun sekali, sering menelefon, sering bermesej dan lain-lain. alasannya mereka merancang untuk berkahwin. mungkin mereka tidak kuat,jadi disini peranan kita sebagai sahabat amat penting untuk membimbing mereka.

banyak je perkara lain yang dilakukan oleh umat islam, niat dah betul tapi cara tidak kena pada tempatnya. jadi,kita mesti terus belajar dan terus belajar,terus terima nasihat yang baik,jangan bongkak dan sombong dengan ilmu yang ada.

niat tidak menghalalkan cara. sebab itu kita sebagai umat islam perlu memahami agama ini, tahu sahaja tidak mencukupi, umat islam perlu faham dan amal dengan apa yang diturunkan oleh allah.islam perlukan peraplikasian dalam hidup ini.pemahaman terhadap sesuatu perkara amat penting dalam sesuatu perbuatan. jika kita tidak memahami,tidak mustahil kita boleh salah dalam memahaminya. ramai dari kita menganggap mereka sudah faqih dalam sesuatu perkara,tetapi kebanyakan dari kita salah faham mengenainya.

sahabat jika sudah beralih dari landasan yang mereka lalui,
menjadi tanggungjawap kita untuk membantu mereka,
supaya kembali ke landasan.
itulah yang dinamakan sahabat.

Khamis, 14 Februari 2013

sebuah kehilangan

bismillah

kehilangan satu perkara yang biasa. kehilangan juga boleh membuatkan kita mengalirkan air mata,kesedihan dan berasa kecewa. salah satu cara allah menguji kita juga dengan memberikan kita satu kehilangan. allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu perkara yang kita tidak mampu.tetapi allah menguji kita kerana Dia tahu kita boleh menghadapinya. mungkin ada daripada kita pernah kehilangan ibu bapa,sanak saudara atau pun harta benda,pasti kita akan merasa sangat sedih.setelah berasa kehilangan barulah kita akan menghargai sesuatu itu

baru-baru ini aku telah kehilangan 100 l.e ketika berada di dalam bas semasa dalam perjalanan ke sabie'. ketika hampir sampai ke villa baru aku tersedar duit itu sudah tiada,ketika itu aku bersama dengan sahabat aku.aku membiarkan sahabat aku turun dahulu.puas aku mencari ditempat aku duduk,tetapi tidak ditemui. akhirnya aku pasrah,mungkin aku cuai. tapi aku yakin kehilangan itu pasti ada hikmahnya.

semasa sedang berjalan,memikirkan tentang bagaimana duit itu lenyap,akalku berkata," ini baru kehilangan duit, belum lagi kehilangan hidayah dari allah,sabarlah hafizuddin,reda atas kehilangan duit itu,pasti allah akan ganti". aku sangat bersyukur kepada allah,kerana hanya menarik duit itu dari aku,bukan menarik cahayaNya dari aku. semoga allah terus memberikan cahayaNya kepada kita.amin

jika kita kehilangan benda yang kita nampak,pasti kita akan merasai kehilangannya.tetapi jika kita kehilangan perkara yang kita tidak nampak dari segi zahirnya,pasti kebanyakan dari kita tidak akan merasa apa-apa. misalnya masa,ada orang tidak merasa dia kehilangan masanya dengan perbuatan yang sia-sia. tetapi ada orang sangat menghargai masa, kerna dia tahu betapa bernilainya masa itu. seseorang akan merasa betul-betul kehilangan,ketika merasa sesuatu itu amat bernilai baginya

semua nikmat yang diberi ialah milik allah, kita hanya meminjam sahaja,allah empunya. jika sesuatu yang kita telah pinjam telah ditarik oleh allah,jangan terlalu sedih,kerna allah ialah pemiliknya.. kita hanya meminjam sahaja nikmatnya..


allah adalah empunya alam ini.



Sabtu, 9 Februari 2013

basah dengan tarbiah

tarbiah bukan segala-galanya
tapi segala-galanya bermula dari tarbiah
pesanan yang sangat berguna dari syeikh mustafa masyhur
agar kita tidak memandang lewa pada tarbiah


dakwah dan tarbiah
dua unsur yang saling berkaitan tidak dapat dipisahkan
dibarat juga seperti irama dan lagu dakwah
takkan berjalan tanpa tarbiah dan pastinya tarbiah mesti bergerak bersama dakwah


islah nafsak wadu' ghairak
dakwah tidak menunggu diri ini sempurna
jangan biarkan kejahilan membelenggu ummat lagi
kita sebagai daie,mestilah bergerak membantu ummat


imam hasan al banna telah menggariskan 10 muwasafat tarbiah
10 prinsip yang mesti ada pada seorang muslim,daie khususnya
berusahalah kita mengikutinya
tanpa tarbiah pasti rebah


tarbiah dan siasah
dua elemen yang sangat penting
utamakan yang utama
tapi jangan salah satu terabai pula










tarbiah bermula dari kelahiran kita
ibu bapa penggerak utama
peranan ibu bapa sangat utama
agar anak yang dilahir dididik di atas jalanNya


lambatnya kemenangan islam
kerana ummatnya berpecah-belah
islam tidak akan dapat disatukan dengan sifat qaumiyyah
manhaj dan fikrah perlu sohih dalam meninggikan kalimah allah


hidup jika sekadar hidup
babi di hutan pun hidup
kerja jika setakat kerja
kera dihutan pun berkerja




Selasa, 5 Februari 2013

cuti


Cuti sem 1 sudah hampir melabuhkan tirainya,kini sem 2 sedang menghampiri aku.sem kali ini mungkin lebih berat kerana mengandungi lebihan 2 subjek dan subjeknya lebih mencabar.sepanjang cuti sem aku mengikuti markaz bahasa lebih kurang 3 minggu di samping melancong ke alex,Damanhur serta makrad kitab.banyak yang aku dapati di markaz bahasa,disamping ilmu aku juga mendapat rakan baru.Markaz lughah diwujudkan untuk pelajar bukan arab.sebelum memasuki kuliah sesiapa yang tidak melepasi syarat,diwajibkan masuk ke markas selama setahun umumnya. Cuma pada tahun ini berlaku beberapa masalah sedikit. Banyak kelebihan markas bahasa sebenarnya,contohnya menguatkan asas bahasa arab,mengetahui banyak perkara yang belum diketahui dan ramai kawan-kawan  dari pelbagai Negara.

Aku dahulu disekolah memang sangat meminati bahasa arab.peringkat demi peringkat aku daki,bermula dari mubtadi’ mutawasit dan seterusnya.memang aku akui ada sedikit payah,tapi aku berusaha disebabkan ilmu dan aku minat.akhirnya,,Alhamdulillah, dengan berkat doa semua orang,serta rahmat dari allah dapat aku further my study ke bumi ini..

Semoga kedatanganku ke bumi mesir ini,menambahkan lagi thaqafah dan ilmu dalam diri ini. Memetik kata-kata seorang ustaz. beza thaqafah dan ilmu ialah,ilmu =tahu semua perkara pada 1 perkara tetapi thaqafah =tahu 1 perkara pada semua perkara. Bertapa bezanya lafaz ilmu dan thaqafah.

Hidup ini jika tidak dapat buat semua perkara tidak apa, tetapi jangan tinggal semua perkara.

Jumaat, 1 Februari 2013

hari lahir ibuku

pada post ini saya akan membahasakan diri ini sebagai saya.hu3,mengikut kesesuaian .hari ini ialah salah satu hari yang bersejarah bagi saya ,hari ini ialah hari kelahiran ibu saya yang tercintai,maziah binti zakaria.hanya ucapan yang dapat anakmu hadiahkan dek masa dan tempat yang memisahkan.tapi diri ini pasti,hati kita tidak pernah berpisah,hati ini sentiasa bertautan antara satu sama lain. walaupun jauh dimata tapi hati kita sentiasa dekat.beliau telah dilahirkan pada 01feb 1970.kelahirannya amat bermakna bg saya.tanpa beliau,tiadalah saya.selamat hari lahir diucapkan kepada permaisuri hati saya,semoga kehidupan ibu sentiasa diredai,dan dirahmati oleh allah.semoga terus bahagia dan tenang bersama family tersayang hingga akhir hayat.sayang ibu selamanya.


selamat hari lahir buat ibuku yang tercinta