Rabu, 23 Januari 2013

tika waktu itu


Satu waktu pada masa dahulu
pernah sekali aku
tergelincir ke dalam gaung jahiliyyah
aku keseorangan di dalamnya
hanya kegelapan menemani diriku
bertahun aku berada didalamnya
bertahun juga aku berusaha untuk keluar dari situ
tetapi malang,seribu kali malang
setiap kali aku mendaki
tidak pernah sekali aku berjaya

tetapi aku tidak pernah putus asa
istilah putus asa tiada dalam kamus hidupku
aku yakin dengan janji allah
setiap hari aku mohon pada allah 
agar keluarkan aku dari gaung ini
aku yakin satu hari nanti
pasti aku akan tinggalkan gaung jahiliah ini

allah mendengar rintihan hamba-hambanya
Dia tidak akan membiarkan hamba-hambanya
terus berada didalam gaung jahiliah

satu pagi yang hening
setelah separuh nyawa berjuang 
untuk naik ke permukaan cahaya
aku telah berjaya sampai  ke tebing cahaya
tiba-tiba,aku tergelincir sekali lagi
disebabkan dek kelalaian dan alpa

ketika itulah tanganku disambut oleh pakcik hidayah
aku sangat bersyukur kepada allah dengan kehadirannya
hatiku berkata
akhinya aku keluar juga dari gaung ini
aku berjanji tidak akan dekati gaung ini lagi
itulah janjiku pada diriku


Tiada ulasan:

Catat Ulasan