Rabu, 30 Januari 2013

bismillah



sudah lebih 4 bln aku berada di bumi kinanah ini,sudah 4 bln juga aku belajar apa itu erti sabar dan tabah ketika berada di bumi mesir yg kaya ini.sejak di bangku sek men lagi aku sudah menanam azam untuk study di mesir.maka dengan mengikut flownya,akhirnya dapat aku menjejakkan kaki di sini.bak kata hukama siapa yang berjalan atas landasan akan sampai.

Sijil tinggi agama malaysia(STAM)satu sijil yang telah berada di genggamanku,yang mana setiap pelajar yang berminat untuk menyambung study di mesir wajib memiliki sijil ini.selepas itu,kami yang ingin ke mesir pada tahun 2012 diuji oleh allah,dengan satu perkara selepas satu perkara.kami dikehendaki mengambil imtihan qobul(iq) kelolaan yayasan sofa sebelum ke mesir.perkara yang ditetapkan,siapa yang gagal mesti mengambil kursus bahasa di malaysia.tetapi tidak dilaksanakan kerana mendapat bantahan.kalo nk citer tntg isu ys mmg panjang.

ringkasnya selepas menempuh pelbagai dugaan dan ranjau,27 sep yang lalu,aku telah sampai ke bumi kinanah,meninggalkan tanah air yang tercinta,penuh dengan nostalgia dan memori.meniggalkan keluarga dan sahabat tercinta.

                  masjid al azhar as syarif

bumi mesir,dikatakan orang sebagai kiblat ilmu. beruntung kpd orang yang datang kesini dan mengambilmanfaat daripadanya.

bumi mesir dari kaca mata aku dari segi buku,tidak terhitung banyaknya,tersusun dr pelbagai jenis ilmu. kalo ikut kiraan aku kalo dikumpul semua buku,boleh terbina sebuah piramid lagi,sama besar dengan piramid khufu.tidak terhitung banyaknya ilmu dan buku.

kuliah lughah yang amat berjasa

kuliah aku juga.

allah telah berfirman dalam kitabNYA...katakanlah."apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?surah az-zumar,ayat 9.. apakah yang dimaksudkan tanda tanya disini? adakah bermaksud allah tidak tahu,atau adakah bermaksud tanbih a'ala dholal...mustahil allah tidak mengetahui..kerana allah bersifat alim...pertanyaan disini tidak bermaksuk haqiqi,tetapi maknawi.

kitab-kitab tidak akan lahir tanpa ulama dan ulama tidak akan lahir tanpa ilmu.
hargai hidup ini dengan menuntut ilmu
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan