Isnin, 21 September 2015

satu permulaan baru

bismillah
alhamdulillah..akhirnya blog yg sudah lama bersawang ini dibersihkan semula.Ntah dari mana

datangnya masa,semangat n idea untuk menulis ini.Hampir dua tahun lamanya blog ini sepi dari

segala tulisan.I'allah.akan terus menulis mengenai pendapat,pengalaman,ilmu,luahan perasaan dan

perkara-perkara yang saya rasa penting untuk dikongsi.doakan saya agar berhati -hati semasa

menulis,kerana mata pena lebih tajam dari mata pedang.






Selasa, 16 Julai 2013

bismillah
hari ini aku berasa sangat lemah.diri ini sungguh rasa tidak berdaya. aku cuba untuk mencari kekuatan dalam diri ini..

tapi

aku tidak menjumpainya.aku mengeluh.aku pasrah


aku berfikir,aku menyingkap kembali.apa yang pernah aku lakukan


aku mencari sahabt,kawan2 utk menguatkan diri ini


tp


aku silap.aku xperlu bergantung harap pada manusia


hanya allah ghayah aku.

hanya pada allah aku perlu kembali

sujud padanya

memohon dan mengharap padanya


Ahad, 2 Jun 2013

bismillah.
sudah 1 bulan lebih rasanya x update blog ni...
byk sgt isu yg aq nk kongsi...hu3
tp bila da tangguh.makin lama makin byk la isukan...
biasalah dalam fatrah exam kan...
mana sempat fikir tentang blog...

1.isu pilihanraya
2.isu adam adli
3.isu menteri


tapi bila fikir-fikir balik..
xyah kongsi pun xpekan..
kebanyakannya tengok fb,twitt,berita
hu3.

doakan aq... 19/6 ni i'allah. akan habis exam sem 2.
i'allah najah.
mohon tembakan doa dari semua.

Rabu, 24 April 2013

dia sudah hampir.

bismillah...
hanya 11 hari lagi pru13 akan menghampiri.dan semakin rancak juga kempen setiap parti.cemburu pada kawan-kawan yang akan balik malaysia pada sikit hari lagi.menjalankan tanggungjawap sebagai pengundi.
sanggup mencari wang,pergi ke hulu,pergi ke hilir untuk satu tiket pulang ke malaysia.

ini kerana mereka faham.bahawa masa depan negara terletak pada tangan rakyat. rakyat yang mengundi.
hanya pada undi kita boleh ubah kerajaan secara aman.

itu bagi mereka yang faham.lautan kesakitan sanggup diredahi demi mencari satu tiket.
.....................................................................................................
tapi sayang,ada segelintir remaja yang tidak cakna pada politik malaysia.

sayang seribu kali sayang.

mungkin ada diantara mereka beralasan

"x cukup umur lagi"

"aku nak tumpu study ni"

"malas la,buat pening kepala je"

mungkin mereka tidak sedar atau tidak tahu kepentingan pilihan raya.

atas faktor:

family
sibuk bljr
ada peristiwa tertentu
dll


i'allah... kita doa mudah-mudahan pada suatu ketika nanti,hati2 mereka akan terbuka dan beringat bahawa pentingnya politik dan pilihan raya.

kita sebagai mata rantai perjuangan mesti sedar hakikat ini.

Sabtu, 13 April 2013

masa kian menghimpit

bismillah.

aku rasa da lama juga x update blog ni...hu3....biasalah x lama lagi aku nak exam. 18 mei syafawi n 25 mei tahriri.. da nak dekat bukan...itu yang buat aku sibuk sedikit..kot.. hu3..

nak cerita sedikit tentang pru-13..
penamaan calon:20 april 2013
tarikh mengundi awal:30 april 2013
tarikh mengundi:5 mei 2013

sedar x sedar tarikh mengundi  semakin hampir. semakin banyak strategi berkempen keluar dari akal masing-masing.

anak-anak muda yang celik semakin bangkit menolak kezalliman.

kita telah lihat selama kerajaan yang ada sekarang memerintah, banyak kezaliman yang berlaku. ini fakta, bukan rekaan.

duit rakyat kemana?
pendidikan rakyat ke mana?
kebajikan rakyak ke mana?

semoga pada pru 13 ini sama-sama kita ubah...
kita cuba untuk ubah pada kali.

kita perlu cuba.
jangan berdalih.
sama-sama kita berdoa agar naiknya pemerintahan baru.


siapa yang menolong agama allah, allah akan menolong mereka...



Jumaat, 29 Mac 2013

rindu masa lalu

bismillah

dulu ketika aku masih bersekolah rendah.ibuku serta ayahku sentiasa memaksaku dan adik keduaku setiap pagi minggu untuk belajar setiap 2 jam. aku ingat lagi, belajar bermula dari pukul 7.00 pg -9.00 pg.mula pukul 9 baru boleh tengok tv.masa kecil aku suka tengok kartun sikit.

setiap malam pula,jika tidak kemana-mana.pasti aku dan adikku akan membuat kerja sekolah,jika tiada kerja sekolah,kami akan membaca buku,bermula lepas isyak sehinggalah pukul 9.30 malam atau pukul 10 malam.

perkara ini berterusan sehingga aku bersekolah menengah.mula-mula rasa tidak biasa.alah bisa tegal biasa katakan.tapi disebabkan hormat kepada ibuku serta ayahku. aku sentiasa menurut perintahnya.aku nampak sedikit demi sedikit,hikmah arahan ibuku.

satu demi satu kejayaan aku genggam di dalam tanganku,bermula dari upsr,pmr,sma,spm dan stam.walaupun biasa saja. aku bersyukur pada allah atas kejayaanku.

kini

kini aku di universiti al azhar.meneruskan perjuangan menuntut ilmu. aku rindu akan didikan dari ayah dan ibu.tapi aku bersyukur sangat didikan mereka,serta guru-gurulah yang membentuk diriku sekarang.

didikan mereka tegas pada tempatnya.aku sangat hargai pengorbanan mereka. aku nampak mereka sangat menyayangiku.

kini tiada lagi suara ibuku yang sering menyuruhku belajar.tiada lagi kedengaran suara semangat ayahku menyuruh menutup tv dan menyuruh membaca buku.

aku merindui suara mereka.tapi aku pasrah jarak 16000 km bukan dekat.bukan macam melaka dan johor.bukan macam mesir dan turki. yang boleh dianggap masih dekat.

kini aku mendorong semangatku untuk study seorang diri disamping sahabat yang mengambil berat. kadang-kadang rasa lemah menguasai diri.kadang-kadang rasa hampir futur.

mata pelajaran makin lama,makin berat. ya aku tahu tidak mungkin tahap kesukaran itu statik saja. tidak berubah-berubah. pasti meningkat kesukaran jika meningkat tahap.

semangat untuk study itu perlu dipaksa. banyak dugaan yang datang.perlu pandai bahagi masa. praktikkan fiqh khamsah dalam kehidupan. aplikasikan muwasafat tarbiah dalam hidup.

semoga aku kuat dalam melayari pancaroba dalam kehidupan ini.

syukran kepada ibu dan ayah atas tarbiah yang diberi.

ketika sambutan aidil adha di tanta(bersama seorang sahabat)




semoga aku masih kuat untuk tersenyum seperti picture diatas yang diambil 4 bulan yang lepas.walaupun ada masalah yang menimpa.kadang-kadang rasa cemburu pada insan yang mempunyai masalah tetapi masih mampu untuk tersenyum.


Khamis, 28 Mac 2013

luahan rasa hati

bismillah...

luahan dari hati
tiada siapa yang tahu
kecuali allah
rabbul a'lamin

aku mencuba untuk berjaya
aku usaha,usaha dan usaha...
tetapi jalan seolah-olah kabur
hanya batu penghalang yang aku lihat
seolah-olah jalan kejayaan menjauhkan diri dariku

aku usaha untuk pelajarinya
tetapi bila bertemu
pasti ada sahaja masalah penghalang

aku takut
aku takut jika aku tidak berjaya sekarang
aku akan jadi futur

aku menjadi tidak kuat
tiba-tiba lemah

hanya pada engkau ya allah
kau teguhkanlah hati ini
kau kuatkanlah hati ini
diri ini hanya menyembah dan berharap
hanya pada kau ya allah.

aku yakin ya allah
setiap ujian yang datang
pasti ada sesuatu yang engkau
ingin tunjukkan pada aku
aku yakin ya allah...